haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Sunday, January 15, 2012

Ya Allah, Engkaulah Maha Mendengar...

Assalamualaikum...


Entry kali nie ak nak tulis tentang hati ak sndri walaupun ak tau sejauh mana pom ak cuba luahkan di sini ia tidak akan sedikit pom sama dengan apa yang ak rasa...Tapi Allah Maha Mengetahui segalanya sekali pom tersorok jauh di dasar hati...Ya Allah, ampuni aku jika persoalan yang aku timbulkan pada sahabatku itu tidak bersesuaian pada keadaannya...Aku tahu batas pertanyaanku Ya Allah...Tidak sedikit pom terlintas di hati untuk bertanya berlebihan kerana aku tahu akibatnya..

Persoalan yang cuba aku kemukakan hanyalah untuk mencari kepastian dari sahabat rapatku kerana aku percayakan mereka boleh menasihatiku...Aku tidak mengharapkan jawapan yang mengarahkan kepada kemungkaran..tidak sama sekali...Maafkan aku sahabatku...Hati ini telah lama memendam rasa kerana ketakutan aku pada hukumanNYA...Kerana aku telah mencari jawapan dengan cara yang tersendiri,,,dari pelbagai sumber tapi jawapan itu tidak cukup kuat untuk mengukuhkan pandanganku kerana ia merupakan jawapan yang berbeza, pandangan agama versus pandangan daripada kajian saintifik..kedua2nya nampak berbeza dan hujah sendiri..aku menjadi keliru...Bukan aku memisahkan keduanya tapi mencari kekuatan dari keduanya...Hukum dalam agama juga berbeza, ada haram dan ada harus...kedua2nya juga mempunyai alasan yang tersendiri...

Maka disebabkan ini aku bertanyakan sahabatku...Aku tidak faham kenapa aku menjadikan hal ini begitu complicated padahal aku melihat sahabatku membiarkan sahaja...Bukan menjadikan ia benda yang perlu difikirkan tapi aku takut jika ia berlebihan-lebihan takut tersilap langkah kerana aku takut padaMu...Aku pandang diri sendiri, aku muhasabah diri, mencari kelemahan dan kekuatan yang akhirnya mengelisahkan hatiku sendiri...Akhirnya air mata ini akan gugur kerana tidak tahan menanggung beban perasaan...Berat sangat...Adakah aku membebankan diriku sendiri Ya Allah?? Maka berdosakan aku kerana seolah2 aku mencari masalah...Tapi sesungguhnya aku tidak mengetahui padanganMu pada diriku...

Sahabatku, Aku bukan mengharapkan jawapan yang begitu sulit darimu kerana aku tahu dia adalah rahsia atau maklumat yang terlalu peribadi... Tapi aku perlu pandangan dari segi pendidikan berlandaskan agama..bukan pandagan diri semata-mata...Tapi terima kasih kerana jawapan yang aku dapat menunjukan aku bukan keseorangan cuma keadaan kita berbeza...Apa yang berbeza biarlah aku sahaja yang tahu kerana aku pernah mendengar, jika kita melakukan dosa atau maksiat pada malamnya maka keesokan pagi sesungguhnya Allah telah menutupkannya serapat-rapatnya...Maka aku tidak ingin sekali-kali aibku dibuka kembali...Maka demikian jugalah persoalanku, aku tidak ingin sahabatku membukannya kembali yang telah tertutup rapat...biarlah semuanya dalam pengetahuan Allah...Aku hanya ingin mencari jawapan yang perlu sahaja...

Semoga Allah mengampuniku jika aku berlebihan...sekian...

 Tanamkan hatiku dengan bunga CINTA padaMU  YA ALLAH...


Demikianlah manusia jika lalai dengan kehidupan dunia dia
akan tengelam kelemasan...maka perlulah mencari barang
untuk berpaut iaitu agama..



No comments:

Post a Comment