haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Saturday, May 5, 2012

Singgah sebentar dihatiku..

Assalamualaikum,,

Sudah lama ak x update blog nie, bnyak cerita dan pengalaman yg telah mengajar aku erti sebuah kehidupan,, kisah belajar, bercinta, bersahabat dan banyak lagi,, kadang2 aku menjadi lemas dalam semua keadaan ini,,tapi aku lebih suka terima daripada menolaknya,,

Kita 'CINTA'ku mungkin telah berakhir buat seseorang yang singgah sebentar dalam hidupku. Mungkin datangnya sekadar memberi sedikit rasa mengenai apakah itu rasa cinta dan kasih sayang. Datangnya ia kadang2 membutakan mata hati,,berfikir mengingatinya membuat kita rasa mudah cemburu, mudah tersentuh dan ingin sentiasa bersamanya. Namun, perlu diingat, cintanya manusia tidak ke mana-mana selagi ikatan sah tidak menjadi satu bukti ketulusan hatimu untk terima si dia. Semalam ceritanya bermula, aku mula berfikir apabila ditanya siapakah yang berada dihatiku? Pada mulanya aku menceritakan kisah lamaku pada mereka, tp mana mungkin dua insan yang tidak pernah berjmpa akan jatuh hati melainkan ia hanya mainan hati semata-mata.

Kejam rasanya, bila terkenang kisah diri yang macam mempermainankan hati orang. Aku tidak tahu jika itu kesilapanku, aku buta dalam menilai. Aku tidak tahu ape yang perlu aku lakukan kerana aku buta dalam menilai sebuah cinta yang cuba disemai dalam hatiku. Jika dulu hatiku pernah berbunga kemudian layu dipanah mentari yang muncul mengejut di langit tinggi. Tapi gigihnya hatiku menunggu sekeping hati yang dulu dimiliki oleh orang. Namun sekarang, biarlah ia betul2 pergi menjauh dari diriku. Jangan bersisa lagi dalam hatiku. Aku ingin hatiku bersih dalam menjalani hari-hariku yang mendatang. Biarlah siapa pun jodohku, aku akan terima dia dengan serendah hatiku. Aku tidak layak menerima bidadari yang cantik jelita untuk sesuaikan denganku yang kurang segalanya. Aku malu dengan diriku sekiranya, Cinta yang aku cuba dambakan ini akan melebihi cintaku pada Penciptaku yang menciptakan aku dan juga dia..

Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menghadapi semua cabaran dalam hidupku. Berikan aku peluang untuk memperbaiki cara hidupku, tingkah lakuku dan amalanku. Jika benar Engkau ingin berikan aku cinta, kuatkan hatiku dalam menghadapinya. Aku ingin menjadi yang terbaik dalam mendidik diriku, keluargaku dan umat manusia yang lain. Dekatkan hatiku denganMu agar aku takut untuk melakukan maksiat dalam diriku. Ampuni aku atas keterlaluan sikapku, perbuatanku,, Terima kasih kerana singgahkan dia semestara di hatiku, walaupun singgahnya sekadar untuk mengubahku, mendidikku dan yang paling bermakna AKU PERNAH MERASAKAN BAGAIMANA JATUH CINTA KEPADA SEORANG WANITA.


Akan aku buka kisah cintaku kali ini dengan matlamat yang satu, AKAN AKU CINTA KAMU KERANA AKU INGIN MEMILIKI KAMU SEBAGAI YANG SAH BAGIKU, YANG SUCI BAGIKU, YANG HALAL BAGIKU, YANG AKAN BERSAMA DENGAN AKU UNTUK MENDIDIK DAN MENJAGA KELURGA KTA YANG AKAN KITA BINA UNTUK MENUJU JANNAH YANG DIJANJIKAN OLEH MAHA PENCIPTA..AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEIKHLASANNYA DAN AKAN AKU JAGA KAMU DENGAN SEPENUH HATIKU...