haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Sunday, February 24, 2013

~Bertautlah Ukhuwah Di Sepanjang Jalan Hidupku~

Assalamualaikum,,

Dalam hidup kita bukan semua perkara yang kita buat akan disukai orang sekalipun dia merupakan seorang sahabat yang paling rapat. Hatinya yang sekeping itu masih akan terguris jika kata-kata yang dikeluarkan hanya melibatkan situasi diri sendiri tanpa memikirkan situasi orang lain. Bukan mudah untuk memberi keselesaan pada semua orang kerana setiap orang berbeza yang mempunyai sikap dan perangai serta keinginan yang berbeza. Maka berfikirlah sebelum bertindak kerana ia akan mencerminkan keperibadian kita sendiri.

Buat sahabat, aku akan sedia membantumu dalam apa jua keadaan selagi aku mampu tanpa meminta apa-apa balasan. Biarlah hatiku kadang-kadang tergores dengan tindakanmu. Aku cuba menjadi sahabatmu yang sebaiknya walaupun aku tahu setiap orang mempunyai had yang tesendiri. Ada kawanku menasihatiku, 'Berpada-pada dalam berbuat baik pada seseorang jangan sampai mereka memijat kepala kita'. Bagiku, aku cuba menilai persahabatan yang cuba aku jalingkan dengan sebaik-baiknya tanpa mengambil langkah yang tersasar daripada naluriku. Benar kata pepatah dalam seribu belum tentu ada seorang sahabat yang sebetul sahabat.

Sedari itu, aku cuba menjadi yang tebaik semampuku. Maafkan aku di atas segala kekurangan dan kesilapan yang aku lakukan. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan. Ameenn...