haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Sunday, February 24, 2013

~Bertautlah Ukhuwah Di Sepanjang Jalan Hidupku~

Assalamualaikum,,

Dalam hidup kita bukan semua perkara yang kita buat akan disukai orang sekalipun dia merupakan seorang sahabat yang paling rapat. Hatinya yang sekeping itu masih akan terguris jika kata-kata yang dikeluarkan hanya melibatkan situasi diri sendiri tanpa memikirkan situasi orang lain. Bukan mudah untuk memberi keselesaan pada semua orang kerana setiap orang berbeza yang mempunyai sikap dan perangai serta keinginan yang berbeza. Maka berfikirlah sebelum bertindak kerana ia akan mencerminkan keperibadian kita sendiri.

Buat sahabat, aku akan sedia membantumu dalam apa jua keadaan selagi aku mampu tanpa meminta apa-apa balasan. Biarlah hatiku kadang-kadang tergores dengan tindakanmu. Aku cuba menjadi sahabatmu yang sebaiknya walaupun aku tahu setiap orang mempunyai had yang tesendiri. Ada kawanku menasihatiku, 'Berpada-pada dalam berbuat baik pada seseorang jangan sampai mereka memijat kepala kita'. Bagiku, aku cuba menilai persahabatan yang cuba aku jalingkan dengan sebaik-baiknya tanpa mengambil langkah yang tersasar daripada naluriku. Benar kata pepatah dalam seribu belum tentu ada seorang sahabat yang sebetul sahabat.

Sedari itu, aku cuba menjadi yang tebaik semampuku. Maafkan aku di atas segala kekurangan dan kesilapan yang aku lakukan. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan berkekalan. Ameenn...






Monday, June 4, 2012

aMpunkan anAkMu Ini,,,

Ampunkan anakmu ini ibu kerana aku seolah2 lalai di sini dan lupa akan tugasku,,mungkinkah ini kesan daripada terikut-ikut dengan sahabatku di sini,,,Bukan aku ingin melukai hatimu. Aku sedar tanggunjawabku ke sini untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin samada ilmu dunia mahupun akhirat. Ayah, ayah 3 tahun pergi menemui Pencipta kita. Antara kita telah ada perjanjian, tapi aku telah lupa dan lalai daripada ingatan itu. Ayah, aku masih ingat impianmu padaku ini. Ayah ingin melihatku berjaya bukan sahaja dunia tapi dapat memberikan manfaat kepada dia yang sudah tiada. Ayah, aku mungkin telah lupa segala amanatmu pada anakmu ini. Ampuni aku.. 

Ya Allah, Engkau berilah kekuatan padaku untuk aku menjadi seorang yang sabar dalam menempuhi liku hidupku. Pimpinlah daku ke jalanMu. Aku rindu kedamaian dalam hatiku. Aku rindu pada nasihat ayahku padaku setiap masa. Aku ingin membuktikan bahawa aku mampu mencapai apa yang diingininya. Paling tidak untuk ibuku. Ibu, maafkan anakmu ini yang lupa pada nasihatmu. Aku leka di sini dan bersuka ria tanpa batasnya. Ibu, aku akan cuba menunaikan impian kelurga kita. Sabarkan hatiku untuk menghadapi masa-masa mendatangku. Jauhkan aku daripada leka dan main-main dalam belajar. Doakan kebahagian dan kedamaian hati anakmu ini sentiasa. Aku sentiasa merinduiMu dan ingin sekali aku mengucapkan AKU SAYANG PADAMU IBU,,,AKU SAYANG PADAMU IBU... (pada masa aku menulis nota ini, aku menangis ibu,,,aku menangis kerana kekurangan aku kerana tidak menunaikan tanggunjawabku dengan baik)..

Ya Allah, aku RINDU pada pesanan ayahku, rindu akan suaranya yang sentiasa memberi nasihat sekalipun dia ada masalah yang sendiri,,, Ayah, aku RINDU akan waktu kita bersama-sama. Moga ayah sentiasa tenang disana.. Ayah, aku akan cuba capaikan impian kita sekeluarga...Ya Allah, Engkau telahlah roh ayahku, luaskanlah kuburnya dan jauhkan dia daripada seksaanMU kerana dia telah banyak menderita di dunia ini. Tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang solehin dan yang berjihad dijalanMu... AKU SAYANG AYAH, IBU DAN ADIK-ADIKKU..Dan jangan kurang sedikit pun rasa ini pada mereka...

AKU MERINDUI KEDAMAIAN DALAM HATIKU, AKU RINDU AKAN BELAIAN KASIHMU YA ALLAH...PELIHARAKAN DIRIKU DARI PERBUATAN MAKSIAT YANG BERTERUSAN..AMPUNILAH DIRIKU...AKU BANYAK DOSA YA ALLAH,,AKU MALU PADAMU ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN PADA AKU...










Saturday, May 5, 2012

Singgah sebentar dihatiku..

Assalamualaikum,,

Sudah lama ak x update blog nie, bnyak cerita dan pengalaman yg telah mengajar aku erti sebuah kehidupan,, kisah belajar, bercinta, bersahabat dan banyak lagi,, kadang2 aku menjadi lemas dalam semua keadaan ini,,tapi aku lebih suka terima daripada menolaknya,,

Kita 'CINTA'ku mungkin telah berakhir buat seseorang yang singgah sebentar dalam hidupku. Mungkin datangnya sekadar memberi sedikit rasa mengenai apakah itu rasa cinta dan kasih sayang. Datangnya ia kadang2 membutakan mata hati,,berfikir mengingatinya membuat kita rasa mudah cemburu, mudah tersentuh dan ingin sentiasa bersamanya. Namun, perlu diingat, cintanya manusia tidak ke mana-mana selagi ikatan sah tidak menjadi satu bukti ketulusan hatimu untk terima si dia. Semalam ceritanya bermula, aku mula berfikir apabila ditanya siapakah yang berada dihatiku? Pada mulanya aku menceritakan kisah lamaku pada mereka, tp mana mungkin dua insan yang tidak pernah berjmpa akan jatuh hati melainkan ia hanya mainan hati semata-mata.

Kejam rasanya, bila terkenang kisah diri yang macam mempermainankan hati orang. Aku tidak tahu jika itu kesilapanku, aku buta dalam menilai. Aku tidak tahu ape yang perlu aku lakukan kerana aku buta dalam menilai sebuah cinta yang cuba disemai dalam hatiku. Jika dulu hatiku pernah berbunga kemudian layu dipanah mentari yang muncul mengejut di langit tinggi. Tapi gigihnya hatiku menunggu sekeping hati yang dulu dimiliki oleh orang. Namun sekarang, biarlah ia betul2 pergi menjauh dari diriku. Jangan bersisa lagi dalam hatiku. Aku ingin hatiku bersih dalam menjalani hari-hariku yang mendatang. Biarlah siapa pun jodohku, aku akan terima dia dengan serendah hatiku. Aku tidak layak menerima bidadari yang cantik jelita untuk sesuaikan denganku yang kurang segalanya. Aku malu dengan diriku sekiranya, Cinta yang aku cuba dambakan ini akan melebihi cintaku pada Penciptaku yang menciptakan aku dan juga dia..

Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menghadapi semua cabaran dalam hidupku. Berikan aku peluang untuk memperbaiki cara hidupku, tingkah lakuku dan amalanku. Jika benar Engkau ingin berikan aku cinta, kuatkan hatiku dalam menghadapinya. Aku ingin menjadi yang terbaik dalam mendidik diriku, keluargaku dan umat manusia yang lain. Dekatkan hatiku denganMu agar aku takut untuk melakukan maksiat dalam diriku. Ampuni aku atas keterlaluan sikapku, perbuatanku,, Terima kasih kerana singgahkan dia semestara di hatiku, walaupun singgahnya sekadar untuk mengubahku, mendidikku dan yang paling bermakna AKU PERNAH MERASAKAN BAGAIMANA JATUH CINTA KEPADA SEORANG WANITA.


Akan aku buka kisah cintaku kali ini dengan matlamat yang satu, AKAN AKU CINTA KAMU KERANA AKU INGIN MEMILIKI KAMU SEBAGAI YANG SAH BAGIKU, YANG SUCI BAGIKU, YANG HALAL BAGIKU, YANG AKAN BERSAMA DENGAN AKU UNTUK MENDIDIK DAN MENJAGA KELURGA KTA YANG AKAN KITA BINA UNTUK MENUJU JANNAH YANG DIJANJIKAN OLEH MAHA PENCIPTA..AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEIKHLASANNYA DAN AKAN AKU JAGA KAMU DENGAN SEPENUH HATIKU...








Sunday, March 11, 2012

kEmBALI bERSUA...

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya x update blog nie...Bnyak perkara telah berlaku dlm hdup ak,,,Nie pom bru je selesai satu sub-program yang ak handle di kolej sempena Minggu Hak Asasi Manusia atau ringkasannya HAM...
Ak memegang post pameran yang asalnya ak rasa post nie mudah je...Tp rupanya susah jga sbb kna kontak orang luar khususnya NGO..

Penat memang penat..Tp bersyukur kerana ini adalah satu usaha yg ak boleh buat untuk memberi sumbangan kepada rakyat di Palestin dengan memberi sedikit sebanyak info yang telah berlaku di sana kepada rakan-rakan seperjuangan..

Terima kasih kepada semua NGO yang terlibat seperti Yayasan Amal Malaysia, Aqsa Syarif, Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Malaysia...Sekurang-kurangnya ak tau sedikit info yang selama ini ak x pena nak ambil kesah...Banyak info yang dapat dalam mengumpulkan semua bahan untuk pameran...Thanx kepada semua AJK HAM yang telah banyak membantu,...




Sunday, January 15, 2012

Ya Allah, Engkaulah Maha Mendengar...

Assalamualaikum...


Entry kali nie ak nak tulis tentang hati ak sndri walaupun ak tau sejauh mana pom ak cuba luahkan di sini ia tidak akan sedikit pom sama dengan apa yang ak rasa...Tapi Allah Maha Mengetahui segalanya sekali pom tersorok jauh di dasar hati...Ya Allah, ampuni aku jika persoalan yang aku timbulkan pada sahabatku itu tidak bersesuaian pada keadaannya...Aku tahu batas pertanyaanku Ya Allah...Tidak sedikit pom terlintas di hati untuk bertanya berlebihan kerana aku tahu akibatnya..

Persoalan yang cuba aku kemukakan hanyalah untuk mencari kepastian dari sahabat rapatku kerana aku percayakan mereka boleh menasihatiku...Aku tidak mengharapkan jawapan yang mengarahkan kepada kemungkaran..tidak sama sekali...Maafkan aku sahabatku...Hati ini telah lama memendam rasa kerana ketakutan aku pada hukumanNYA...Kerana aku telah mencari jawapan dengan cara yang tersendiri,,,dari pelbagai sumber tapi jawapan itu tidak cukup kuat untuk mengukuhkan pandanganku kerana ia merupakan jawapan yang berbeza, pandangan agama versus pandangan daripada kajian saintifik..kedua2nya nampak berbeza dan hujah sendiri..aku menjadi keliru...Bukan aku memisahkan keduanya tapi mencari kekuatan dari keduanya...Hukum dalam agama juga berbeza, ada haram dan ada harus...kedua2nya juga mempunyai alasan yang tersendiri...

Maka disebabkan ini aku bertanyakan sahabatku...Aku tidak faham kenapa aku menjadikan hal ini begitu complicated padahal aku melihat sahabatku membiarkan sahaja...Bukan menjadikan ia benda yang perlu difikirkan tapi aku takut jika ia berlebihan-lebihan takut tersilap langkah kerana aku takut padaMu...Aku pandang diri sendiri, aku muhasabah diri, mencari kelemahan dan kekuatan yang akhirnya mengelisahkan hatiku sendiri...Akhirnya air mata ini akan gugur kerana tidak tahan menanggung beban perasaan...Berat sangat...Adakah aku membebankan diriku sendiri Ya Allah?? Maka berdosakan aku kerana seolah2 aku mencari masalah...Tapi sesungguhnya aku tidak mengetahui padanganMu pada diriku...

Sahabatku, Aku bukan mengharapkan jawapan yang begitu sulit darimu kerana aku tahu dia adalah rahsia atau maklumat yang terlalu peribadi... Tapi aku perlu pandangan dari segi pendidikan berlandaskan agama..bukan pandagan diri semata-mata...Tapi terima kasih kerana jawapan yang aku dapat menunjukan aku bukan keseorangan cuma keadaan kita berbeza...Apa yang berbeza biarlah aku sahaja yang tahu kerana aku pernah mendengar, jika kita melakukan dosa atau maksiat pada malamnya maka keesokan pagi sesungguhnya Allah telah menutupkannya serapat-rapatnya...Maka aku tidak ingin sekali-kali aibku dibuka kembali...Maka demikian jugalah persoalanku, aku tidak ingin sahabatku membukannya kembali yang telah tertutup rapat...biarlah semuanya dalam pengetahuan Allah...Aku hanya ingin mencari jawapan yang perlu sahaja...

Semoga Allah mengampuniku jika aku berlebihan...sekian...

 Tanamkan hatiku dengan bunga CINTA padaMU  YA ALLAH...


Demikianlah manusia jika lalai dengan kehidupan dunia dia
akan tengelam kelemasan...maka perlulah mencari barang
untuk berpaut iaitu agama..



Sanah Helwah untuk Rumateku...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan izin yang Maha Esa ak bleh bagun lagi hari ini untuk meghirup udara yang segar dan yang paling penting adalah nikmat iman dan dalam Islam..Alhamdulillah...

Detik 12.00 tengah malam semalam menandakan bertambah lagi satu angka umo seorang sahabat ak yang juga merangkap sebagai roomate ak, Azwan Bin Hamdan yang berasal dari Kluang, Johor. Ak sebagai sahabatmu mendoakan yang terbaik untukmu dan semoga umo yang ada ini digunakan sebaik mungkin dengan usaha dan istiqomah untuk menambahkan amal kebaikan...Semakin bertambahnya umo, menandakan kita makin dekat dengan kematian, bukan untuk menakutkan tapi ia sememangnya akan dilalui oleh setiap orang...Moga rasa takut kita itu akan mendidik hati kita untuk lebih mendekatkan diri pada Allah...

Happy Birthday Azwan Hamdan...Moga panjng umo, murah rzeki n berjaya
hidup dunia & akhirat...


Kepada wan, moga akhi menerima sedikit majlis yang telah disusun atur oleh ak sendiri dan maaf kerana menipu akhi petang semalam (14/1/2012). Ak keluar ngan abang Nik beli kek dan makanan untuk malamnya..Maaf ye...huhu.. Pape pom Happy Birthday sekali lagi untukmu...huhu..tuk semua kawan yg ikut join thanks dan thanks skali lagi membuat apa yang ak minta..kih3...Syukran Azam Firdaus, Khairul Annuar (Kewa), abng Mus, abang Nik dan Nazra Alif...

Friday, January 13, 2012

Alhamdulillah Syukur...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kerana hari ni ak dah 'hbis' paper..bkn hbis trus sbenarnya tp yg major punya je..huhu...Ada lgi stu paper..hope yg tu ak mampu buat yg terbaik..Pape pom result yang dapat ak mengharapkan sifat bersyukur itu ada dalam diri ak...

Itu je pom tuk kali nie,, Bagi kawan-kawan yang blom habis buat la yang terbaik...