haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Sunday, January 8, 2012

Sahabat is one of thing hard to find!



Assalamualaikum...sebab bosan punya pasal ak nak tulis plak pasal tajuk sahabat... Dalam hidup kita sebagai manusia kita x lepas dari memiki seorang teman bernama sahabat... Sahabt inilah yang kedua lepas ibu bapa kita, adik2 kita n sape saje kat rumah yang kita rapat yang kita jadikan tempat untuk berbual dan menyuarakan masalah kita...Mungkin jika apa yang kita luahkan itu bukan semua yang kita ingin suarakan tp sekurang-kurangnya tindakan ini akan mengurangkan sedikit tekanan yang kita alami.

Tapi perlu diingatkan bahawa sahabat kita juga manusia ada batas dan kelemahan diri sendiri yang mana akhir sekali kepada Pencipta juga kita kembali bertaut meluahkan rasa...Tapi sahabat kita boleh mendegar dan berkongsi masalah yang kita hadapi walaupun mungkin sedikit sahaja bantuan yang boleh dihulurkan olehnya...

Sahabat yang betul2 sahabat akan menerima kita seadanya, dengan kelemahan yang kita ada dia sanggup menolong mengatasi kelemahan itu dengan panduan, nasihat dan dorongan agar kita tidak pernah berputus asa...



Begitu jugalah dengan aku, ak amat menantikan seorang teman yang bernama sahabat dalam hidupku yang akan bersama samada dalam senang mahupun susah...Kawan biar seribu tapi sahabat hanya seorang...Ada bezakan antara dunia kata ini??? Sudah tentu.. Kawan mungkin kenal kita tp sahabat akan lebih mengenali kita kerana dia sentiasa bersama kita, melihat kita, perilaku kita tp kawan hanya pada detik tertentu sahaja...Kata dari sebuah blog: 

Berkawan dan bersahabat
adalah sesuatu yang berbeza.
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya…

Berkawan hanya sekadar dikenali,
Bersahabat lebih mengenali,
Kepercayaan hanya pada sahabat,
Penghinaan hanya pada kawan,
Kesusahan hanya pada sahabat,
Kesenangan hanya pada kawan,
Penyelesaian hanya pada sahabat,
Kesalahfahaman hanya pada kawan,
Naik hanya pada sahabat,
Jatuh hanya pada kawan,
Jujur hanya pada sahabat,
Pura-pura hanya pada kawan,
Punyai kawan hanyalah sementara,
Adanya sahabat untuk selamanya.






Sahabat akan sentiasa disisi kita ketika senang atau susah..


Sahabat yang sebenar tidak mencari silapmu tp akan menugur jika
kamu melakukan kesilapan...


sahabat.jpg sahabat cerminan diri
Sahabat merupan cermin kita, jika baik sahabat kita baiklah kita...


Last sekali..



No comments:

Post a Comment