haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Sunday, January 8, 2012

Bila Kita Merayu Pasti Allah Mendengarnya..



Assalamualaikum...

Benarkah kita keseorangan bila dalam keadaan susah?? Tidak, tidak sama sekali kerana Allah SWT sentiasa ada untuk setiap hambanya tidak kiralah ketika kita senang mahupun susah... Tapi ada antara kita(termasuk ak) yang  lupa pada Maha Pencipta bila kita dalam keadaan senang dan penuh nikmat sehingga kita lupa yang semua nikmat itu datang daripadanya jua...Tapi bila kita susah mulalah menangis merayu padaNya mohon pertolongan.. X malukah kita selepas sekian lama lupa padaNya tiba2 je kita datang kepadaNya untuk meminta pertolongan???

Namun kita amat beruntung kerana Allah SWT tidak pernah membezakan kita, Dia menerima kita setiap masa bahkan setiap pertolongan yang diberikan tidak pernah ingin diminta kembali... Bayangkan jika setiap nikmat yang diberikan itu seperti nyawa, kesihatan, pancaindra dan sebagainya mesti dibayar balik, mampukan kita kita bayar dengan kudrat yang kita ada??? Tidak bukan??? Kenapa??? Kerana kita ini penuh dengan kelemahan yang tidak mungkin akan mampu membalas semua yang telah dipinjamkan...

Begitu juga aku, bila aku rasa Allah mengujiku hanya sedikit masalah kenapa aku begitu cepat melatah??? Padahal nikmat yang diberikan terlalu banyak jika dibandingkan dengan sedikit ujian diberikan... Jika hati kita lembut pasti kita akan menangis kepadaNya kerana bila fikirkan segala nikmat yang telah diberikan tapi kita tidak guna dengan betul bahkan selalu melakukan maksiat serta melanggar setiap larangan yang telah digariskan kepada kita. Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Alalh tahu apa yang kita sembunyikan dari pengetahuan orang lain, Allah tahu apa saje yang kita buat... Tapi kasihnya Allah amatlah besar kerana menutup semua aib kita dengan rapat serapatnya sehingga tidak terbuka sedikit pun. Maka layakkah kita mendustai setiap nikmat yang telah diberikan???




Akhir sekali, semoga kita dapat muhasabah diri kita agar setiap apa yang kita buat adalah berlandaskan setiap tuntutan yang Allah gariskan kepada kita. Sememangnya kita tidak mampu membalas setiap nikmat yang diberikan tapi ingatlah kejadian kita di sini ada matlamat dan tujuannya yang telah ditetapkan iaitu sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi hambaNya soleh dan terbaik di dunia akhirat..Insyaallah...

2 comments: