haRGAIlah MAsaMu


Get your own Digital Clock

Monday, June 4, 2012

aMpunkan anAkMu Ini,,,

Ampunkan anakmu ini ibu kerana aku seolah2 lalai di sini dan lupa akan tugasku,,mungkinkah ini kesan daripada terikut-ikut dengan sahabatku di sini,,,Bukan aku ingin melukai hatimu. Aku sedar tanggunjawabku ke sini untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin samada ilmu dunia mahupun akhirat. Ayah, ayah 3 tahun pergi menemui Pencipta kita. Antara kita telah ada perjanjian, tapi aku telah lupa dan lalai daripada ingatan itu. Ayah, aku masih ingat impianmu padaku ini. Ayah ingin melihatku berjaya bukan sahaja dunia tapi dapat memberikan manfaat kepada dia yang sudah tiada. Ayah, aku mungkin telah lupa segala amanatmu pada anakmu ini. Ampuni aku.. 

Ya Allah, Engkau berilah kekuatan padaku untuk aku menjadi seorang yang sabar dalam menempuhi liku hidupku. Pimpinlah daku ke jalanMu. Aku rindu kedamaian dalam hatiku. Aku rindu pada nasihat ayahku padaku setiap masa. Aku ingin membuktikan bahawa aku mampu mencapai apa yang diingininya. Paling tidak untuk ibuku. Ibu, maafkan anakmu ini yang lupa pada nasihatmu. Aku leka di sini dan bersuka ria tanpa batasnya. Ibu, aku akan cuba menunaikan impian kelurga kita. Sabarkan hatiku untuk menghadapi masa-masa mendatangku. Jauhkan aku daripada leka dan main-main dalam belajar. Doakan kebahagian dan kedamaian hati anakmu ini sentiasa. Aku sentiasa merinduiMu dan ingin sekali aku mengucapkan AKU SAYANG PADAMU IBU,,,AKU SAYANG PADAMU IBU... (pada masa aku menulis nota ini, aku menangis ibu,,,aku menangis kerana kekurangan aku kerana tidak menunaikan tanggunjawabku dengan baik)..

Ya Allah, aku RINDU pada pesanan ayahku, rindu akan suaranya yang sentiasa memberi nasihat sekalipun dia ada masalah yang sendiri,,, Ayah, aku RINDU akan waktu kita bersama-sama. Moga ayah sentiasa tenang disana.. Ayah, aku akan cuba capaikan impian kita sekeluarga...Ya Allah, Engkau telahlah roh ayahku, luaskanlah kuburnya dan jauhkan dia daripada seksaanMU kerana dia telah banyak menderita di dunia ini. Tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang solehin dan yang berjihad dijalanMu... AKU SAYANG AYAH, IBU DAN ADIK-ADIKKU..Dan jangan kurang sedikit pun rasa ini pada mereka...

AKU MERINDUI KEDAMAIAN DALAM HATIKU, AKU RINDU AKAN BELAIAN KASIHMU YA ALLAH...PELIHARAKAN DIRIKU DARI PERBUATAN MAKSIAT YANG BERTERUSAN..AMPUNILAH DIRIKU...AKU BANYAK DOSA YA ALLAH,,AKU MALU PADAMU ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN PADA AKU...










7 comments:

  1. :'( bersabarlah wahai sahabat,dugaan dunia takkan terhenti selagi kita bernafas di muka bumi Allah..Allah ciptakan kita sebagai khalifah dan sentiasa mengikut segala suruhan dan meninggalkan larangan..sedih bila membaca rintihan suara hatimu wahai shabt..jgn lah dikau leka dengan nikmat dunia yang sementra..bersyukurlah dgn segala yg ada..syangi ibumu dn adik beradikmu, ubahlah hidupmu menjadi yang baik dari hari kesehari..aku juga berkata sebegini untk menasihati diriku yg amat hina ini..

    semoga Allah membantu segala urusan mu hidup di dunia dan akhirt..InsyaAllah sahabat..kamu boleh lakukan perubahan dlm dirimu itu..Janji Allah adalah satu yang pasti!! selamat mengharungi segala cabarn hidupmu..

    senyumlah wahai shabt,sabar, dan bangkitlah menuju kejayaan.. :) :)

    dari sahabatmu,NAJ

    ReplyDelete
  2. syukran ukhti,,,huhu,,,everything from Allah and we need to remember what Allah give to us, we need bersyukur right..huhu..so what happen,, bersyukur...Insyaallah,,,
    semua akan ok,,

    ReplyDelete
  3. :) :) alhamdulillah :) iye2 ,tdi saya ke ptsl..pent berjalan.huuhu

    ReplyDelete
  4. motif blsnya di sini..huhu...rjin ye,,,GudLuck tuk final yg akan mula Isnin,,huhu,,,

    ReplyDelete
  5. haha..tiada kredit di handphone,guna alternatif inilah..hahah..doakan fifi :) all the best tuk nik jugak k:)

    ReplyDelete
  6. maaf, x dapat nk bls mesej lagi..hp x di top up .heeee..InsyaAllah,doakan ea..biokimia..huuu..

    ReplyDelete